Tuesday, 7 April 2015

Anatomi seorang PeL

Salam semua PeL,

Pelancaran PPPM PT telah di lancarkan hari ini, 10 lonjakkan telah di tetapkan dan kita mendokong lonjakkan 9 dan 7. Hasrat 70% Kursus di 'Blended'kan pada 2025 adalah satu harapan yang tinggi terutama sekali bagi kita dalam TVET yang mempunyai jumlah jam praktikal yang tinggi.

Saya akui kerja semakin mencabar bukan hanya bagi PeL, tetapi kami di CeLT juga. Walaubagaimana pun tugas perlu di laksanakan demi anak-anak buah kita yang akan menghadapi masa depan yang lebih mencabar. CeLT juga akan cuba membantu sedaya upaya dengan bekerjasama dengan Bahagian yang lain di JPP, MyRen, MAMPU dll.

PeL juga saya berharap akan terus maju untuk memastikan pelajar, institusi kita bersedia untuk menghadapi cabaran abad ke 21 ini.

Gambarajah di bawah menceritakan secara ringkas mengenai Anatomi Seorang PeL dan sokongan serta kerjasama dari warga institusi sekiranya objektif PPPM PT ingin di capai. Walaupun PeL memerlukan banyak sokongan dari semua pihak, tidak dapat di nafikan bahawan akhirnya kejayaan kita semua bergantung kepada kecekalan dan inisiatif diri - Kecerdasan Minda, Kesabaran dan Kecekalan Hati, dan Kepantasan serta Kecekapan menggunakan kudrat tulang empat kerat memang di perlukan untuk melaksanakan tugas ini dengan cemerlang.

Mengubah sesuatu amalan yang sedia ada memanglah susah, tetapi ianya tidak mustahil.

Grafik ini adalah sebahagian dari Perbentangan Persidangan Pengarah (15/4/15) dan TPA (23/4/15)





























All the Best to all of US!

Dr.N

1 comment: