Wednesday, 3 June 2015

Tahniah!

Salam Semua Pel,



1) Pertama sekali ingin saya mengucapkan tahniah keatas bahan eCONV2015 yang telah di hantar. Sebanyak +-150 bahan telah di hantar untuk di nilai. Insyallah penjurian peringkat saringan akan berlangsung pada penghujung bulan ini. Terdapat dua peringkat saringan, peringkat pertama akan di nilai oleh kumpulan PhD/Senior Staff Politeknik untuk memilih TOP 50 Best VIDEOS. Peringkat kedua pula akan di nilai oleh beberapa Pengarah/TPA Poli di mana mereka akan hanya melihat 50 video terpilih itu untuk menentukan TOP 40 Best VIDEOS yang akan di hantar ke CPSC, Manila bagi penjurian peringkat akhir. Saya amat kagum dengan 'effort' pensyarah dan pelajar untuk menghasilkan video-video ini, walaubagaimanapun masih terdapat sebilangan video yang masih berbentuk Video P&P dan bukan Video Perkongsian Pendapat/Perspektif sepertimana yang dikehendaki oleh eCONV2015. Video P&P ini masih boleh di gunakan samada dalam kelas peribadi/platfom BL masing-masing atau di sunting semula untuk pertanding SCORMKING, eDOLA2015.

2) Kedua adalah mengenai KPI 30% BL, berasaskan imej di bawah terdapat lebih kurang 11 Politeknik yang telah mencapai tahap BL2 (30%) dan BL3 (50%).  


Terdapat 18 Politeknik (lihat bawah) yang mencecah 20% keatas dan ini saya anggap adalah satu tanda yang positif untuk terus maju (termasuk PBU, tertinggal kotak merah).


Laporan ini masih di bina rangkanya dan belum lagi dapat di akses oleh PeL. Tetapi posting ini boleh di guna oleh semua Pel untuk tujuan penganalisaan dan perancangan. Laporan ini menggunapakai kiraan terkini, iaitu, min 10 pelajar dan aktiviti pelajar.

Tahniah sekali lagi kepada semua di atas kejayaan eCONV2015 setakat ini dan juga pencapaian index,  BL2.

Perlu di ingat sasaran kita adalah 50% pada penghujung semester ini.

All the Best.

Dr.N

No comments:

Post a Comment