Sunday, 6 September 2015

Saluran Rasmi Youtube POLITEKNIK MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salamsejahtera Semua PeL,





Menerusi lonjakan ke 9, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang telah dibentangkan telah menumpukan kepada peningkatan akses pendidikan khususnya menerusi pendekatan Blended Learning. Sehubungan itu, pihak BIPD, CeLT telah memperbanyakkan pengisian bahan e-Kandungan (Online Contents) untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran seluruh warga akademik Politeknik Malaysia

​Untuk itu, bagi memudahkan perkongsian bahan e-Kandungan ini dapat dicapai, pihak BIPD, CeLT telah menyediakan tiga saluran rasmi Youtube yang berfungsi sebagai repositori digital video pembelajaran dan pengajaran. Saluran-saluran Youtube yang telah diwujudkan adalah seperti berikut:

- GENERATION TVET                                   
- eConvergence 2015. (Klik)

Untuk pengetahuan tuan/puan, video-video yang disediakan ini boleh digunapakai sebagai bahan ‘Online Theory’ yang telah disyaratkan dalam amalan Blended Learning Politeknik. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan dapat memastikan agar saluran-saluran rasmi Youtube yang disediakan ini dapat dihebah dan seterusnya digunakan di kalangan warga politeknik tuan/puan dengan cara ‘subscribe to channel’ pada saluran yang telah dinyatakan.

Mohon PeL semak kandungan saluran-saluran ini dan membantu pensyarah menggunapakainya dalam P&P.

Surat rasmi penghebahan akan menyusul.

Muat turun pdf eContents POLITEKNIK MALAYSIA di sini. Pdf ini akan di bentangkan dalam Persidangan Teknikal Pengarah Malaysia pada 8/9/15, insyallah.

Dr.N

No comments:

Post a Comment