Friday, 20 March 2015

eCONVERGENCE PRODUCTION PHASE



Salam Semua,

Fasa Produksi eCONV telah bermula dan tarikh akhir hantar hasil link video eCONV 2015 adalah pada 15/5/15. Berikut adalah beberapa garispanduan produksi yang perlu di patuhi oleh semua penyertaan bagi memastikan keseragaman. Mohon kerjasama diberi bagi perkara berikut:

1) Semua LINK Video MESTI di hantar melalui PeL masing-masing. Di harap Pel dapat kumpulkan kesemua link dan hantar sekali sebagai satu bilangan yang lengkap. PeL perlu uji dan memastikan link itu benar dan videonya berfungsi.

2) Muat turun Teaser di atas. Gunakan ia sebagai pembuka tirai. Untuk muat turun video teaser eConvergence di atas klik di sini.

3) Susunan paparan Video,
Teaser ini boleh di letak paling awal sekali sebelum IMEJ PERTAMA.
Imej pertama mesti bermula dengan imej di bawah. Pastikan logo politeknik tuan/puan di letak disebelah kanan sekali. Imej akhir adalah seperti contoh kedua di bawah.

 Susunan yang di kehendaki adalah:

TEASER => IMEJ PERTAMA => PEMBENTANGAN INSTITUSI => IMEJ TERAKHIR

Pada 6 - 10 saat terakhir Teaser, animasi Teaser boleh di padamkan dengan hanya meninggalkan MUZIK latar. Muziklatar boleh berterusan sepanjang IMEJ PERTAMA sebelum Pembentangan bermula. Tiada muzik latr semasa pembentangan institusi.


IMEJ PERTAMA SEBELUM PEMBENTANGAN


IMEJ TERAKHIR SELEPAS PEMBENTANGAN


Semoga beyjaya menghasilkan bahan-bahan yang membantu masyarakat politeknik dan dapat mempromosikan pendidikan TVET. ALL THE BEST! Harap info ini dapat membantu.

Dr.N

1 comment:

  1. 1. Boleh sertakan link bagi mendapatkan logo CeLT dan eConvergence dalam size pixel yang besar.

    2. Paparan imej pertama, untuk logo poli. Perlu masukan logo lama atau baru?

    TQ

    ReplyDelete