Friday, 6 March 2015

iSpring Vs LectureMaker










Salam Semua PeL,

Seperti yang telah di rancang, posting kali ini adalah dari siri pertama  'An eLO Invitationh Series'. Untuk memulakan tradisi berkongsi pendapat, ilmu melalui penulisan di blog, PeL PIS Norazlina Ahmad, PhD akan berbicara mengenai perisian authoring SCORM; iSpring Vs LectureMaker.  


Salam Geng PeL,

iSpring dan LectureMaker mungkin satu nama yang tidak asing kepada semua pegawai e-Learning atau pensyarah yang pernah terlibat dengan pertandingan “Scormking”. Pos kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menggunakan kedua-dua perisian ini, agar dapat dijadikan sedikit panduan dalam memilih perisian mana yang akan digunakan dalam membangunkan bahan e-pembelajaran dalam bentuk “learning object” (LO).

 Walaupun terdapat beberapa pilihan lain seperti Adobe Captivate, Lectora, Studio dan Storyline, namun di politeknik kita diperkenalkan dengan iSpring dan LectureMaker. iSpring dan LectureMaker sebenarnya merupakan perisian e-pembelajaran. Ia digunakan sebagai alat pengarangan (authoring tool) bagi menghasilkan bahan e-pembelajaran  dalam beberapa format seperti flash, html dan SCORM.

Saya mempunyai pengalaman menggunakan kedua-dua perisian ini. LectureMaker saya gunakan semasa membangunkan LO untuk kajian saya dan iSpring semasa menghasilkan LO untuk Scormking. Jika ditanya, yang manakah lebih mudah digunakan dan senang diuruskan. Secara peribadinya saya memilih iSpring kerana, saya begitu biasa dengan interface power point. Selain itu juga, ia menggunakan pelbagai ciri-ciri yang kita telah biasa, maka kita mudah dan cepat menghasilkan presentation yang menggunakan audio, animation, video, link, flash movies dan sebagainya. Satu ciri yang berbeza dengan LectureMaker, iSpring sangat mudah untuk menghasilkan quiz. Kita tidak perlu menghasilkan soalan quiz pada slide yang banyak, namun ia hanya dihasilkan menggunakan satu plug-in khas untuk quiz. Pada saya ia amat mudah bagi mereka yang kurang arif dalam menghasilkan quiz, memandangkan quiz melibatkan beberapa logic yang perlu difahami.

Selain dari penghasilan quiz yang mudah, iSpring juga memudahkan proses penghasilan navigasi menggunakan template yang disediakan. Dengan kata lain, kita tidak perlu setting sendiri navigasi menggunakan “command button”. Ciri ini sangat memudahkan bagi mereka yang baru kali pertama menggunakan authoring tool. Kelebihan lain adalah, kemudahan membuat preview presentation sebelum presentation tersebut kita export atau publish. Selain itu terdapat pelbagai pilihan bentuk publish presentation yang disediakan.

Bagi mendapat beberapa maklumat berhubung teaching and learning tool yang digunakan terkini, bagaimana menghasilkan bahan e-pembelajaran dan sebagainya, sila rujuk link blog saya iaitu https://storify.com/MacNa.

Apa kata kawan-kawan yang lain? Mana yang lebih mudah, iSpring atau Lecture Maker? Mari kita sama-sama memberikan pendapat dan membincangkan kedua-dua authoring tool ini, agar maklumat yang dikongsikan dapat membantu kita menyarankan software yang terbaik untuk peserta Scormking.

Norazlina Ahmad, PhD




4 comments:

  1. Apa pandangan terhadap fungsi multi SCO dalam LectureMaker. Adakah mempunyai perbezaan samada multi atau single SCO ketika membangun bahan? Boleh terangkan?

    ReplyDelete
  2. multi sco merujuk kepada apa? maaf saya tidak faham.

    ReplyDelete
  3. Multisco atau single sco adalah cara lms mengesan kemajuan pelajar apabila mereka menggunakan LO scorm. Multisco lebih terperinci cara pengesananya dari single sco. Cthnya, iSpring adalah single sco, i.e. Lms hanya boleh track kemajuan pelajar sekiranya dia habis mempelajari keseruruhan LO. LM pula adalah multisco, lms boleh track kemajuan pelajar secara berperingkat, eg, intro, content, quiz, summary dll.

    Dr.N

    ReplyDelete
  4. Salam, saya ingin respon kepada pertanyaan Dr. Azlina.. saya berpendapat penggunaan iSpring lebih mudah kerana kebanyakan bahan/nota pensyarah adalah dalam format ppt @ dengan kata lain dalam bentuk slides Powerpoint. Saya telah menganjurkan kursus iSpring hampir di keseluruhan jabatan di PSAS, dan telah dapati pensyarah lebih dekat dan faham iSpring dalam tempoh kurang dari satu hari...cuma apa yang perlu ditekankan sebelum itu adalah penggunaan Powerpoint itu sendiri, terutama fungsi animasi (trigger animation), dalam menghasilkan LO yang berkualiti menggunakan iSpring. Sekiranya asas dalam Powerpoint tidak kukuh, maka LO yang dihasilkan cuma berkualiti 'biasa-biasa' sahaja.
    Layari : darnidarmin.blogspot.com

    ReplyDelete