Seperti yang telah di rancang, posting kali ini adalah dari siri pertama 'An eLO Invitationh Series'. Untuk memulakan tradisi berkongsi pendapat, ilmu melalui penulisan di blog, PeL PIS Norazlina Ahmad, PhD akan berbicara mengenai perisian authoring SCORM; iSpring Vs LectureMaker.
Salam Geng PeL,
iSpring dan LectureMaker
mungkin satu nama yang tidak asing kepada semua pegawai e-Learning atau
pensyarah yang pernah terlibat dengan pertandingan “Scormking”. Pos kali ini
saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menggunakan kedua-dua perisian ini,
agar dapat dijadikan sedikit panduan dalam memilih perisian mana yang akan
digunakan dalam membangunkan bahan e-pembelajaran dalam bentuk “learning
object” (LO).
Walaupun terdapat
beberapa pilihan lain seperti Adobe Captivate, Lectora, Studio dan Storyline,
namun di politeknik kita diperkenalkan dengan iSpring dan LectureMaker. iSpring
dan LectureMaker sebenarnya merupakan perisian e-pembelajaran. Ia digunakan
sebagai alat pengarangan (authoring tool) bagi menghasilkan bahan e-pembelajaran
dalam beberapa format seperti flash,
html dan SCORM.
Saya mempunyai pengalaman
menggunakan kedua-dua perisian ini. LectureMaker saya gunakan semasa
membangunkan LO untuk kajian saya dan iSpring semasa menghasilkan LO untuk
Scormking. Jika ditanya, yang manakah lebih mudah digunakan dan senang
diuruskan. Secara peribadinya saya memilih iSpring kerana, saya begitu biasa
dengan interface power point. Selain itu juga, ia menggunakan pelbagai ciri-ciri
yang kita telah biasa, maka kita mudah dan cepat menghasilkan presentation yang
menggunakan audio, animation, video, link, flash movies dan sebagainya. Satu
ciri yang berbeza dengan LectureMaker, iSpring sangat mudah untuk menghasilkan
quiz. Kita tidak perlu menghasilkan soalan quiz pada slide yang banyak, namun
ia hanya dihasilkan menggunakan satu plug-in khas untuk quiz. Pada saya ia amat
mudah bagi mereka yang kurang arif dalam menghasilkan quiz, memandangkan quiz
melibatkan beberapa logic yang perlu difahami.
Selain dari penghasilan
quiz yang mudah, iSpring juga memudahkan proses penghasilan navigasi
menggunakan template yang disediakan. Dengan kata lain, kita tidak perlu
setting sendiri navigasi menggunakan “command button”. Ciri ini sangat
memudahkan bagi mereka yang baru kali pertama menggunakan authoring tool. Kelebihan lain adalah, kemudahan membuat preview
presentation sebelum presentation tersebut kita export atau publish. Selain itu
terdapat pelbagai pilihan bentuk publish presentation yang disediakan.
Bagi mendapat beberapa
maklumat berhubung teaching and learning tool yang digunakan terkini, bagaimana
menghasilkan bahan e-pembelajaran dan sebagainya, sila rujuk link blog saya
iaitu https://storify.com/MacNa.
Apa kata kawan-kawan yang
lain? Mana yang lebih mudah, iSpring atau Lecture Maker? Mari kita sama-sama
memberikan pendapat dan membincangkan kedua-dua authoring tool ini, agar
maklumat yang dikongsikan dapat membantu kita menyarankan software yang terbaik
untuk peserta Scormking.
Norazlina Ahmad, PhD