Salam Semua PeL,
Maklumat eConvergence2015.
"Idea tanpa kebolehan berkomunikasi adalah seumpama hayalan semata-mata."
"If you have a great idea, you should be able to communicate it as well. It's like the sound of one hand clapping. You have a great idea but aren't able to express it - well, how great was the idea?" - Douglas Coupland
1) 40-50% dari kejayaan eConvergence
adalah idea atau cerita yang ingin di bawa. Ingat bahawa topik satu dan dua
adalah berkait terus dengan Pembelajaran dan Pengajaran. Topik tiga adalah
mengenai kisah seseorang individu dan sebab mereka berjaya. Topik keempat agak
bebas asalkan ianya boleh dikaitkan dengan pendidikan TVET. Pilihlah topik yang sesuai dan fikirlah
bagaimana ia dapat mendokong objektif ketiga eConvergence2015 iaitu mempromosikan Politeknik Malaysia melalui TVET.
2) 50-60% dari kejayaan eConvergence adalah berasaskan kepada kebolehan berkomunikasi. Apa jua idea yang hendak di bawa ketengah semestinya di salurkan melalui satu skema komunikasi yang mantap. Terdapat banyak teknik berkomunikasi dan kebanyakkanya menghendaki si pencerita menyusun idea-idea beliau dengan rapi dan bertujuan untuk memberi impek.
2) 50-60% dari kejayaan eConvergence adalah berasaskan kepada kebolehan berkomunikasi. Apa jua idea yang hendak di bawa ketengah semestinya di salurkan melalui satu skema komunikasi yang mantap. Terdapat banyak teknik berkomunikasi dan kebanyakkanya menghendaki si pencerita menyusun idea-idea beliau dengan rapi dan bertujuan untuk memberi impek.
a) Bagaimana untuk menyusun Permulaan:
Kebanyakkan perbentangan bermula
sedemikian:
- Cerita mengenai pengalaman diri sendiri yang kemudianya di kaitkan dengan tajuk topik,
- Satu ‘statement’ yang mengejutkan dan kemudianya di kaitkan dengan tajuk topik,
- Pengenalan Diri dan kemudianya tajuk topik,
- Satu persembahan/demonstrasi dan kemudianya di kaitkan dengan tajuk topik.
b) Bagaimana untuk menyusun Isi Kandungan:
Kebanyakkan perbentangan menyusun
isi secara sedemikian:
- Isi yang mudah di fahami; kemudian serdehana mudah; kemudian sukar; dan kembali mudah
- Isi yang di sokong dengan visual (foto/video) yang tepat dan menarik
- Isi yang mencuit perasaan contohnya sedih, ketawa, terpesona dll
- Isi yang tidak terputus-putus penyampaianya
- Isi yang ikhlas kerana audience boleh membezakan antara sifat, kandungan dan penyampaian yang benar, bersungguh atau sambil lewa.
c) Bagaimana untuk menyusun Kesimpulan:
Kebanyakkan perbentangan menyusun
kesimpulan secara sedemikian:
- Satu mesej yang selalunya di kaitkan dengan tajuk,
- Satu statement yang selalunya di kaitkan dengan tajuk,
- Satu penutup yang menghurai kembali pembukaan tajuk,
- Satu persembahan/demonstrasi
Kecangihan penyuntingan dan kesan efek video tidak semustahak idea dan komunikasi. Untuk masa ini pemberian markah akan bergantung kepada tiga aspek ini (mengikut turutan) ; Idea/Subjek dan Komunikasi, Video sebagai Bahan Promosi dan Aspek Teknikal Video.
Sebagai panduan: "Idea tanpa kebolehan berkomunikasi adalah seumpama hayalan semata-mata."
Harap ini dapat membantu,
Dr.N
No comments:
Post a Comment